24 Disember 2010
warmness on the soul
22 Disember 2010
meniti titian usang
02 Disember 2010
puisi buruk - part 2
begitu lemah dalam menjalani kehidupan
begitu lemah dalam mengharungi ujian-Nya
begitu lemah dalam menolak dugaan
manusia
dikurniakan akal dan fikiran
dikurniakan ujian dan masalah
dikurniakan titipan dosa dan pahala
manusia
mempunyai pelbagai ragam dan kerenah
mempunyai pelbagai cara dan perlakuan
mempunyai pelbagai rupa dan wajah
manusia
tidak lari dari fitnah dan dosa
tidak lari dari salah dan silap
tidak lari dari buruk dan cacat
manusia
begitu hebat diberikan kurniaan
begitu hebat diberikan darjat
begitu hebat diberikan akal
manusia
mereka tidak pandai menggunakannya
mereka tidak pandai mengaplikasikannya
mereka tidak pandai mensyukurinya
manusia
sering melupakan-Nya
sering melupakan ajaran-Nya
sering melupakan suruhan-Nya
manusia
tidak kenal erti kehidupan
tidak kenal erti pengalaman
tidak kenal erti kematangan
manusia
inilah sikap mereka
inilah perangai mereka
inilah kesilapan mereka
nota lemak : entri ni aku update masa lepak kat rumah kawan ku ketika aku kekeringan internet dan meminta simpati dari cebisan-cebisan internet mereka.
26 November 2010
sonata musim salju
23 November 2010
puisi buruk - part 1
10 November 2010
dalam hati ada taman - part 7
suralaya dalam D-major
08 November 2010
IRON MAIDEN LIVE IN SINGAPORE 2011








06 November 2010
biawak terbang
03 November 2010
permulaan sebuah November
29 September 2010
bomoh hujan

22 September 2010
kesibukan melanda diri

16 September 2010
tolong lah berfikir sejenak
13 September 2010
tolong lah!!!
tahun ni aku tak beraya sangat la kan. sebab berita kehilangan abang sepupu ku.
aku buntu. aku sedih. aku terkejut. aku simpati.
dia baik orang nya. dengan saudara mara dia cukup rapat. walaupun dia da berumur 32 tahun dan mempunyai dua orang anak, tapi dengan semua orang dia bole masuk. semua orang dia bole layan. even sedara dia yang umur 10 tahun pon dia bole layan. kalo orang tu umur 10 tahun, dia teros convert jadi cam budak 10 tahun. dia bergurau macam dia da lupa yang dia da ade anak bini. ha ha ha best je tengok dia bergurau. kalo antara sedara mara, mulut dia jugak yang paling kecoh. memang best layan bebual dengan beliau.
tapi, itu dulu.
sekarang, dia da hilang. entah selamat, entah kan tidak.
berita terbaru, polis da tutup kes. polis da kompem yang dijumpai itu adalah beliau. tapi masih belom terbukti sebab pihak forensik belom bagi result. polis cuma kompem yang itu adalah beliau dengan hanya keterangan dari suspek je.
tapi kami sebagai keluarga beliau, tidak akan percaya selagi belom terbukti yang itu adalah beliau. kami masih menaruh harapan. dan keajaiban. kami hanya mampu berdoa kepada Allah supaya beliau di dalam keadaan yang selamat.
inilah abang sepupu ku.

jika beliau sudah tiada, kami tetap redha dengan ketentuan Ilahi. cuma sekarang ni, agak sukar untuk kami mengakui sebab kami masih menaruh sedikit harapan pada result forensik.
jadi di kesempatan ini, aku ingin meminta rakan-rakan blogger ku semua supaya berdoa yang berita itu tidak benar dan memohon dan berdoa kepada Allah agar beliau dijumpai dengan selamat dan boleh pulang ke rumah untuk berhari raya di samping isteri dan dua anak beliau. Aminnnn.
terima kasih.
09 September 2010
selamat hari raya aidil fitri

di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat yang akan menyambut 1 Syawal pada jumaat ini.
08 September 2010
dalam hati ada taman - part 6
07 September 2010
kandungan nikotin di paras buku lali
04 September 2010
selamat bulan sembilan

30 Ogos 2010
selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53

sekarang da pukul 10. lagi dua jam untuk kita menyambut kemerdekaan yang ke 53. tahniah malaysia.
23 Ogos 2010
silent anger
19 Ogos 2010
entri ruang maya - part 5
18 Ogos 2010
hati sayu jiwa meronta
time-time puasa ni kan..nak-nak pulak rase dekat je nak raya kan..layan pulak lagu ni..rasa sebak je dada ni..
dalam hati ada taman - part 5
17 Ogos 2010
tahniah ayahanda ku

12 Ogos 2010
selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak

05 Ogos 2010
selamat bulan lapan
29 Julai 2010
entri ruang maya - part 4
25 Julai 2010
entri kilat
.
kepada rakan blog aku, maaf sebab lama tak update blog dan lama tidak melawat ke blog kamu. mungkin aku akan berbuat demikian selepas krisis tunggakan ini telah diselesaikan.
sekarang, aku tengah update blog kat cc. yeahhhhh!!
oleh kerana sudah lama aku tak tulis entri baru, entri ini mungkin panjang cket dari entri yang lepas2.

pertama sekali, aku nak remind kat korang semua yang 31/7/2010 ini akan diadakan mtv worldstage kat sunway lagoon. artis adalah katy perry, tokio hotel dan wondergirls. cute tau hahaha. errmmm tu je la kot yang femes. mungkin ade lagi yang best tapi aku tak sempat nak kaji. harga tiket pon aku tak sempat cari. sesapa yang tau sila bagitau aku tau.
ok cukup pasal worldstage.
sekarang jadi rockers balik. hahaha

itu adalah fliers untuk konsert slash. ohhhhh geram nye kat beliau. bukan kerana aku gay. tapi bole climax jugak la kalo dengar dia main november rain, dont cry dan sweet child of mine. sungguh, sungguh dan diulangi lagi sungguh mengasyikkkkkan. sila cari lagu tu dan dengar dan kalau lagi best, tengok video clip teros untuk penghayatan yang lebih dan mari climax bersama.
.
oh maaf. penggunaan bahasa yang kasar dan tidak dibenarkan oleh dewan bahasa dan pustaka. tapi aku pedulik ape. banyak lagi blog lain yang lagi ganas tau. hahaha
.
ciss masa sangat jeles ngan duit aku. tinggal 10 minit je ni. tokey cc da buat muka kucing. huh nak aku bayar lagi 2 ringgit ke? oh tidak. aku nak beli rokok kejap lagi. dan duit pon ngam2 je ni. oh kejam nye dunia ini pada si miskin.
.
hahaha maaf la ye kawan2. tak sempat nak buat entri panjang2. jadi abaikan statement di atas tu.
.
salam berjumpa lagi kalau aku ade duit nak pegi cc. bye.
.
oh hampir terlupa. aku saje je post entri pasal 2 konsert di atas ni. maksud yang tersembunyi ialah "ade sape2 nak belanja aku?? silakan lah"
.
12 Julai 2010
viva la furia roja!!

andres iniesta menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-117.
14 yellow card dan 1 red card dah dihadiahkan oleh reff. terbaaeeeekkk r ko reff. bole dapat award reff paling cemerlang.
sotong memang hebat. lepas ni bole pakat ramai-ramai makan sotong goreng tepung.
kesian kat holland. 3 kali kalah masa final.
hah esok ramai la yang beli baju spain. ramai la yang mengaku peminat spain. blah la wei.
dan aku adalah penyokong england. adoi la weyhhh
11 Julai 2010
dalam hati ada taman - part 4
kenapa kau seksa jiwa ku?
kenapa kau tidak mengerti perasaan ku?
tidakkah kau dengar hati ku yang meraung ini?
tidakkah kau tahu keperitan jiwa ku?
tidakkah kau sedar betapa aku terseksa?
tidakkah selama ini kau bahagia?
tidakkah kau pernah bertanya adakah aku bahagia?
apakah ini tidak bererti pada kau?
apakah ini terlalu rumit untuk kau tempuhi?
apakah tiada lagi perasaan belas kasihan kau pada ku?
apakah sukar untuk kau mengerti semua ini?
apakah dosa ku pada kau?
mengapa perkara ini sering terjadi?
mengapa begini kesudahan kita?
mengapa kau biarkan perkara ini berlaku?
mengapa?
~by nicky astria~
09 Julai 2010
bintat lemak
hari ni ayahku masuk hospital. suspect denggi. demam seminggu tak kebah. aku rase benci kepada nyamuk. aku mahu membunuh kau nyamuk. walau kau kecil tapi cukup menyusahkan manusia. walau kau seekor tapi cukup buat aku tak lena tido. nyamuk sialan!
kepada kamu semua. berhati-hati dengan binatang ini.
baiklah. sampai sini saja entri ini. aku nak pegi hospital.
salam.
05 Julai 2010
entri ruang maya - part 3
02 Julai 2010
anak tekak main congkak




"Kaum Yahudi mengatakan , 'Uzair itu anak ALLAH' dan kaum Kristian pula berkata 'Isa (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dila'nati ALLAH mereka, bagaimana mereka sampai berpaling".
"Mereka (Yahudi & Kristian) menjadikan orang 'alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam (Jesus); padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari apa yang persekutukan".
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya".
"Katakanlah, "Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan Dia".
01 Julai 2010
dalam hati ada taman - part 3
30 Jun 2010
hilang dalam terang
29 Jun 2010
award yang kedua
26 Jun 2010
pada satu kedudukan
sedang aku berjalan-jalan di dalam bookstore di salah sebuah shopping complex yang terkemuka, mata aku tertarik pada sebuah novel ini. yang buatkan aku tertarik bukan lah pada rupanya, warnanya atau pada harganya. tetapi aku tertarik akan nama tajuk novel itu.
'Blog Priasetia'. itulah nama novel itu. lalu tangan ku mencapai novel yang di anggarkan mempunyai keberatan agak sama dengan dua pasang selipar jepon itu dan membelek-belek ingin mengetahui apa isi cerita nya. ketika aku sedang membelek penuh khusyuk, mata ku melirik pada ayat di satu perenggan ini.
"Tidak membuka laman blog itu sehari, Yuni Shora menjadi gundah. Tidak membaca apa yang di diktat oleh Priasetia, hidupnya menjadi serba tidak kena. Laman tersebut teman di waktu berduka. Seringkala ketika kesunyian melanda, Blog Priasetia menjadi temannya."
.................................................................
wow. aku kagum. aku sangat kagum. dan aku juga sedikit cemburu.
soalan yang sedang bermain di benak fikiran aku adalah
bagaimana blog aku ni boleh menjadi seperti blog Priasetia?
diminati oleh seorang gadis yang tidak sabar-sabar ingin melihat coretan ku pada setiap hari?
bagaimana ingin blog ku menjadi teman tatkala sunyi dan duka?
atau adakah aku patut membaca novel itu dan menjadikan blog beliau sebagai idola?
atau perlukah aku menukar nama blog ku ini dengan nama 'blog Priasetia' supaya diminati gadis seperti di dalam novel itu?
haih~~~~
24 Jun 2010
Nice Bloggers Award
award ini diberikan oleh cik dela taufique. aku tak tau nak buat kan cursor tu jadi gamba tangan kat nama tu. tapi anda bole melawat blog beliau ikut link kat shoutbox tu. terima kasih sekali lagi pada cik dela.
ini award nye. oh~~~ terharu~
mengikut adat, lepas dapat award ni, kene jawab soalan tag.
23 Jun 2010
entri siku berparut kudis
Encik Kaya : weh ko nk tak kasut futsal aku ni?
Encik Miskin : apsal? ko ingat aku ni pemintak sedekah ke?
Encik Kaya : bukan la bodo! aku tgk tiap kali ko main futsal asek pakai selipar je. kesian pulak aku tengok. ko takde duit ke?
Encik Miskin : kalo takat nak beli selipar jepon tu rase2 aku cukup kot. weh betol ke ko nak kasi aku kasut futsal ni? ko jangan mainkan hati dan perasaan aku dowh.
Encik Kaya : betol la. kasut ni pon ok lagi. ade koyak sikit je kat tumit. lagipon aku nk beli kasut futsal baru. Nike 5 ZOOM T-5 CT harga RM 449. kagum tak?
Encik Miskin : wahh best nye. kalo camtu terima kasih la ye. kau lah kawan aku dunia akhirat.
##################################################################
keesokan hari nya,
Encik Kaya : weh kasut futsal yang aku bagi kat ko semalam tu mane?
Encik Miskin : ade ni haa. weh aku nak ucapkan terima kasih sekali lagi kat ko. aku rase bersyukur sgt ade kawan mcm ko ni.
Encik Kaya : err sama2. tapi aku ade bende nk ckp cket ngan ko ni.
Encik Miskin : apa dia? ko punye pasal aku sanggup buat apa saje.
Encik Kaya : haa elok la tu. aku nak ko pulangkan balik kasut futsal tu. semalam bapak aku ckp die tak nak belikan kasut Nike tu untuk aku. sebab aku punye result bawah 2 pointer sem lepas.
Encik Miskin : haa? ko ni biar betol bai.
Encik Kaya : ko ingat aku main2 ke? cipet betol la. aku pon tgh bengang ni ko tau tak.
Encik Miskin : ermmm ok la. amek la balik kasut ni.
Encik Kaya : ok. takde rosak apa2 kan kat kasut ni? wahahaha
Encik Miskin : takde. jgn bimbang. lgpon baru sehari kasut ni aku pegang. tu pon aku tido semalam pelok kasut ni. terima kasih la kasi aku merasa perasaan sebagai pemilik kasut ni walau sehari.
Encik Kaya : errr.............
20 Jun 2010
selamat hari bapa
